HARI 1 : PADANG – BUKITTINGGI
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, anda akan disambut oleh wakil kami. Anda akan dibawa melawat disekeliling Kota Padang. Meneruskan perjalanan ke Bukittinggi dalam perjalanan singgah sebentar ke Lembah Anai. Di sini anda berpeluang menyaksikan keindahan panorama landskap dan air terjun di Lembah Anai. Singgah sebentar di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (Minang Pilip). Makan tengahari di restoren tempatan (Rumah Makan Aie Badarun). Selepas makan tengahari dibawa ke Pandai Sikek untuk melihat hasil tenunan khas Sumatera Barat ( Songket dan Sulaman Indah dan Ukiran ). Petang Check in di Rumah Tamu di Karatau.
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang |
|
Air Terjun Lembah Anai (Air Mancur) |
|
Air terjun |
|
Pusat Tenunan Songket di Pandai Sikek |
|
Rumah Adat di Padang Panjang
|
Rumah Tamu di Karatau, Bukitinggi
|
|
|
Ruang Tamu |
|
Bilik 2 |
|
Bilik 3 ada bilik mandi didalamnya |
|
Bilik 1
|
|
Gunung Singgalang (hampir dengan Rumah Tamu) |
|
Gunung Merapi (gunung berapi yang masih aktif) |
Hari 2 : BUKITTINGGI – DANAU MANINJAU
Selepas sarapan pagi di rumah, anda akan dibawa melewati Kelok 44,lalu ke Puncak Embun Pagi melihat pemandangan/keindahan alam ciptaan Allah s.w.t dan seterusnya ke Danau Maninjau. Disana anda juga berpeluang untuk melawat Muzium Buya Hamka. Singgah di Puncak Lawang. Setelah itu bertolak balik ke Kota Bukittinggi, berkunjung ke Ngarai Sianok, Lubang Japang, Benteng Fort de Kock, Muzium dan Jam Gadang. Pada petangnya anda dibawa pulang ke Rumah Tamu.
|
Rumah Minang ditepi Danau Maninjau |
|
Danau Maninjau |
|
Danau Maninjau dari kelok 33. |
|
Muzium Buya Hamka |
|
Bendi (kereta kuda) menunggu penumpang |
|
Jam Gadang (Jam Besar) mercu tanda/ikon Kota Bukittinggi |
|
Jam Gadang diwaktu malam |
Hari 3 : BUKITTINGGI - BATUSANGKAR
Selepas sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Kilang pembuatan kopi diTabek Patah dan berhenti melihat Keindahan Panorama Sungai Landai. Makan tengah hari di Restoren tempatan ditengah sawah (Pondok Flora). Kemudian bertolak ke Istana Besar Pagarruyung di Batusangkar yang merupakan Istana Kerajaan Minangkabau zaman dulu, Di istana Pagaruyung kita dapat melihat-lihat peninggalan sejarah Minangkabau dan menikmati potensi alam yang indah di sekitar Istana tersebut. Pada petangnya anda dibawa pulang ke Rumah Tamu.
|
Istana Pagarruyung di Batusangkar |
|
Makan masakan Minang yang enak enak |
|
Gunung Singgalang ada tasik besar diatasnya. |
|
Pemanadangan di Matur |
|
Restoren Pondok Flora - Sg Tarab (terkenal dengan ikan Gurami bakar) |
|
Tugu Jepun di Ngarai Sihanok (Panorama) |
|
Labu Labu Segar |
|
Cendul Labu Bundo Kanduang |
|
Kacang Tanah Matur sangat rangup |
Hari 4 : SHOPPING (MEMBELI BELAH)
Selepas sarapan pagi. Anda akan dibawa membeli belah di Pasar Atas dan pasar pasar disekitar Bukittinggi.
|
Lukisan atas baldu |
|
Kedai Lukisan Ajie (tokeynya kawan penulis) |
|
Lukisan atas canvas |
|
Jambatan Limpapeh |
|
Lobang Jepang (Terowong Jepun) dimana pesalah dikurung dan diseksa. |
|
Lukisan atas canvas dan baldu |
|
Muzium Negeri Bukittinggi |
|
Shopping cenderahati |
|
Shopping pakaian, tudung dll |
|
Kedai Baju Koko, Songkok, Seluar Batik, kelengkapan Haji & Umrah |
|
T-Shirt buat ole ole |
|
Key chain untuk buat ole ole |
|
Malam Kebudayaan Minangkabau |
Hari 5 : BUKITTINGGI - AIRPORT
Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur. - Von Voyage.
L
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang |
HARGA PAKEJ
RM650.00 seorang (minima 6 orang).
Ketua rombongan yang melibihi 10 orang akan diberi insentif.
Kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun PERCUMA
Harga Termasuk :
· 4 Malam Penginapan di Rumah Tamu (3 bilik tidur 3 bilik air)
· Sarapan pagi disediakan.
· Pengangkutan yang berhawa dingin
· Pemandu Pelancong yang berpengalaman lagi peramah.
Harga Tidak Termasuk :
· Tiket penerbangan AirAsia pergi & balik.
· Cukai Lapangan Terbang Padang (Airport Tax) Rp100,000
· Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau, tiket Rp50,000 seorang (pilihan dan bayar sendiri).
· Lebihan Bagasi (Excess Lugage)
· Makan tengahari & makan malam.
. Tiket masuk ke tempat lawatan sepeerti zoo, muzium, Lubang Jepun, Panorama dll.
salam. look ok. lama tak jumpa. hang dah tak kerja di taman melati lagi??
ReplyDeletegood kalau dapat add gambar mobil yang di pilih seperti kijang atau kijang innova.
Alias Hasan
aliasbp@yahoo.com
Berminat melancong ke Padang Bukittinggi? Kami boleh uruskan semuanya untuk anda.
ReplyDeletePakej menarik dan insyaallah termurah untuk anda.
Call/sms/whatsapp saya di 0126665436
tempahan kenderaan/supir juga boleh diuruskan untuk anda..
harga pakej boleh dibincangkan kemudian.
Visit my Blog:
http://freelancetour.blogspot.com/